JellyPages.com

Friday, 15 March 2013

Harapan-Teknologi Pendidikan

Pertama-tama kali aku bersyukur kerana dapat manyambung sesi pembelajaran ku untuk mendapatkan sebuah Ijazah selaras dengan hasrat Kementerian ini untuk mengsyaratkan semua tenaga pengajar di sekolah tidak kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah sekurang-kurangnya memiliki segulung ijazah...
Sebagai seorang guru, besar harapan aku untuk menamatkan Kursus EDU 3105..penting bagi seorang guru untuk memahirkan dirinya dalam bidang Teknologi Pendidikan....tanpa teknologi, kita ibarat 'Katak Di Bawah Tempurung'...Ibarat kata berjalan di dalam gelap...Dengan teknologi, Dunia Tanpa Sempadan...Semuanya dihujung jari kita...Pendek kata, guru zaman sekarang tidak sama dengan guru zaman dulu...guru pada zaman kini perlu celik komputer dan celik IT...Kesimpulannya, sebagai seorang guru pada zaman kini dan ke arah menuju Wawasan 2020, besar harapan saya sebagai seorang warga pendidik dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia supaya menguasai ilmu Teknologi Pendidikan supaya dapat menambahbaik cara pengajaran dan menyampaikan apa yang hendak disampaikan..Dengan ini, pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih seronok, dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya memudahkan pelajar untuk menangkap apa yang hendak disampaikan oleh seorang guru..

Contoh Teknologi Pendidikan...

 

Wednesday, 13 March 2013

PERMULAANKU...

Pada Jun 2011, aku menerima Tawaran menyambung pelajaran ke Peringkat Ijazah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia..Alhamdulillah, aku kena menghadirkan diri ke kuliah yang tidak terlalu jauh dari kediaman aku.  Aku diminta mendaftarkan diri dan hadir ke kuliah di Kampus Institut Perguruan Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kebanyakan rakan-rakan sekuliah aku adalah dari sekitar Kuala Lumpur dan hanya ada seorang dua sahaja dari luar Kuala Lumpur..Syukur kehadratNya, sehingga kini aku masih lagi mampu meneruskan pengajian walaupun sibuk dengan mengajar dan juga menguruskan rumahtangga, semoga Allah S.W.T. terus memberi aku kekuatan dan kesabaran untuk aku meneruskan pengajian ini dan seterusnya sehingga aku mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.Amin....